MURAL

image

image

image

Mereka datang kembali setelah 3 bulan menjalani latihan mengajar (Praktikum) di sekolah. Kedatangan mereka kali ini merupakan perjuangan terakhir untuk merealisasikan impian menjadi seorang pendidik yang akan melahirkan insan yang cemerlang.

Beberapa tugasan telah diberikan kepada mereka antaranya ialah membuat lukisan mural. Ternyata seorang guru mempunyai rencam bakat yang terpendam.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Minggu Pergerakan Puteri Islam

image

Minggu PPIM atau lebih mesra degan Hari PPIM telah dijalankan diperingkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mencungkil bakat murid yang terlibat.

Posted in Info Aktiviti | Tinggalkan komen

KEM BESTARI SOLAT 2013

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Mesyuarat PIBG

image

image

image

image

image

image

Pembubaran dan perlantikan Ahli Jawatankuasa baharu untuk Persatuan Ibu Bapa & Guru. Tahniah buat Encik Mathius Manang kerana berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pengerusi PIBG untuk sesi 2013 – 2014. Tahniah juga diucapkan kepada para AJK baharu yang dilantik. Buat jawatan yang tidak dipertandingkan untuk pembubaran, hasil kerja anda sangat luar biasa.

Posted in Info Mesyuarat | Tinggalkan komen

UBM : Ujian Bulan Mac

image

Murid murid sedang fokus menjawab kertas soalan Matematik I & II. Kelihatan urat berselirat di dahi masing-masing. Seperti biasa pelbagai ragam yang dipamerkan ketika menjawab. Moga ujian ini menyuntik semangat ke dalam jiwa mereka agar menyedari kelemahan dan terus gigih berusaha untuk menjadi insan yang cemerlang.

Selamat menjawab!

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Mensyuarat Hal Ehwal Murid

image

image

image

Posted in Info Mesyuarat, Info Semasa | Tinggalkan komen

Gotong-royong

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

BERSATU kita teguh, bercerai kita roboh. Meski ungkapan ini terlalu klise namun impaknya tetap terasa walau sejuta kali didengar. Demikian yang terjadi sewaktu gotong-royong dijalankan baharu ini. Kesatuan tenaga antara guru, ibubapa dan murid dapat membuahkan hasil yang sangat luar biasa. Objektif untuk membersihkan kawasan-kawasan yang dikehendaki tercapai sekaligus menjadikan sekolah bertambah ceria tika dipandang.

Semoga kebersihan serta keindahan sekolah dapat dikekalkan. Warga SKBS tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran ibubapa, guru serta murid-murid.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Minggu Ke-5

image
image

MINGGU ke-5 persekolahan. Murid-murid kelihatan bersemangat sementelah masing-masing mempamerkan keceriaan dengan pakaian yang serba putih dan bersih. Barangkali inilah semangat setelah dua hari cuti tambahan sempena Maulidur Rasul tempoh hari. Semoga keberkatan pagi yang dingin dan segar dapat memberi kecerdasan minda murid meraih ilmu yang sangat berguna.

Kami warga SKBS mengambil kesempatan yang ada meski telah berlalu beberapa hari yang lalu untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul bagi golongan yang beragama Islam.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Persekolahan Bermula

image

Hari persekolahan telah bermula. Pelbagai ragam dan tawa tercantum melalui cerita dan hubungan mata. Kisah dan pengalaman kala cuti dikongsi bersama. Akhirnya menghasilkan semangat baru dalam mencorak murid,  untuk menghasilkan para cerdik dan pintar pada tahun ini.  Moga pelbagai yang dihajati dapat dicapai.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Happy Holiday

Semoga cuti akhir tahun kali ini membuahkan pelbagai pengalaman sekaligus menerbitkan ilham yang berguna untuk menghasilkan kualiti kerja yang cemerlang buat tahun depan.

Happy holiday yang berbaki beberapa minggu buat semua warga SK. Bulu Silou & pembaca yang budiman.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Luka Disembuhkan : Pembaikan Bangunan SKBS.

image

image

image

SKBS menerima beberapa pembaikan menjelang tahun hadapan. Saat ini kegembiraan nyata terpancar di wajah tiap warga pendidik setelah lama mendidik dengan keadaan kelas yang kurang memuaskan.

Semoga pembaikan serba sedikit ini dapat memberikan inspirasi dan semangat baru buat murid agar lebih tekun datang ke sekolah untuk mereguk cangkiran ilmu yang sangat bernilai.

Posted in Info Semasa | 1 Komen

Seputar Jamuan Hari Raya

Ukhwah mekar tika duduk beramai, sambil berkongsi cerita dan tawa ringan. Harumannya sangat menggiurkan. Demikian yang terjadi ketika Jamuan kecil Hari Raya yang telah diadakan di bilik guru SKBS. Aneka juadah yang disediakan turut memukau tiap deria rasa. Saat ini tidak ada yang lebih menyenangkan melainkan kekenyangan yang bisa memuaskan hati tiap orang. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus menyediakan jamuan yang sangat lazat.

Jamuan kecil Hari Raya ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang tenaga pengajar dari beberapa buah sekolah yang secara kebetulan telah menghadiri mesyuarat yang dijalankan di Pusat Sumber SKBS. Semoga layanan serba sederhana dari kami, dapat menambat hati kalian sekaligus melukis satu memori istimewa antara kita di tengah Syawal yang kian pantas berlalu. (Maaf tiada duit raya. Hehe)

 

 

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Lawatan Amal

Baharu ini, lawatan Amal telah dijalankan untuk menunjukkan rasa simpati kami warga pendidik SKBS terhadap keluarga seorang murid yang baharu ini dilanda bencana kebakaran yang tidak meninggalkan apa-apa kecuali nyawa. Meski demikian, kegigihan adik Christephanie untuk datang ke sekolah masih tidak luntur. Atas inisiatif Guru Besar dan Penolong Kanan 1, pihak sekolah bersetuju membuat lawatan beserta beberapa bentuk pemberian yang ingin didermakan seperti pakaian dan makanan dan sumbangan ikhlas buat keluarga mangsa. Semoga adik Christephanie dan keluarga terus tabah menjalani kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini. Amin. Setinggi kesyukuran dipanjatkan buat Sang Pemilik Langit dan Bumi kerana telah memanjangkan umur mangsa dan keluarga.

Posted in Info Aktiviti | Tinggalkan komen

Susu 1Malaysia selamat diminum

image

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120813/pe_01/Susu-1Malaysia-selamat-diminum

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Selamat Datang

image

Kedatangan barisan bakal guru yang sedang menjalani praktikum dan PBS di SKBS telah menceriakan suasana sekolah. Pelbagai ragam yang mencuit hati. Masing-masing mempamerkan senyuman yang sangat manis. Seperti tidak sabar untuk meraikan hari raya yang menjelang tiba.

Beli kurung serta selendang
Biru merah warna pilihan
Kami ucap selamat datang
ukhwah bersama kita jalinkan.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen