Program Ihyaa’ Ramadan

Ihyaa' Ramadan

Program Ihyaa’ Ramadan

Sekolah Kebangsaan Bulu Silou, Keningau.

Tarikh :

21 Julai 2012 – 13 Ogos 2012

Anjuran :

Panitia Pendidikan Islam & j-QAF

Pengenalan :

Alhamdulillah, syukur dan puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W.  Setiap tahun kita akan menanti kedatangan dan tibanya Ramadan yang penuh dengan kemuliaan. Ibadat Puasa sebenarnya mempunyai falsafah yang amat menarik untuk dihayati. Ia bukan sekadar berlapar di siang hari malah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan ibadat berkenaan. Setiap dari kita pasti tidak akan melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah dengan kelebihan ini.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menyatakan ” Jangan kamu jadikan Ramadan sama dengan bulan-bulan yang lain”. Bertolak dari sini, Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah-Sekolah (MAKDIS) akan mengambil peluang untuk menganjurkan beberapa aktiviti demi meningkatkan lagi penghayatan bulan yang mulia ini.

Objektif :

  • Memperkasakan penghayatan Ramadan dikalangan warga pendidik dan pelajar.
  • Memupuk hubungan silaturrahim antara sesama pendidik dan pelajar.
  • Menjadikan Ihyaa’ Ramadan sebagai wahana untuk mengisi kekosongan jiwa pendidik dan pelajar.

Slogan :

“Berapa Ramai yang berpuasa, tidak ada baginya daripada puasa melainkan lapar.” ( Riwayat Ibnu Majah)

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Minggu Pendidikan Islam 2012

BAHARU ini ( 16 – 20 Julai 2012 ) Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan minggu Pendidikan Islam peringkat sekolah dengan melibatkan semua murid yang beragama islam tahap satu dan tahap dua. Beberapa pertandingan telah dijalankan sepanjang minggu Pendidikan Islam ini. Yang lebih menyeronokkan ialah penglibatan murid yang sangat memberangsangkan. Meski mereka menyedari kelemahan dan kekurangan, namun semangat mereka sangat luar biasa. Antara pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sempena Minggu Pendidikan Islam ini ialah pertandingan bercerita, tilawah, hafazan, tulisan jawi, membaca jawi dan lain-lain. Pertandingan Kuiz menjadi acara kemuncak berjaya mencuri minat murid untuk mencuba, menguji minda masing-masing bertempur untuk meraih gelaran juara. Antara objektif pertandingan ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam masa yang sama mengasah bakat murid yang sedia ada untuk mewakili sekolah kelak.

Sesi penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar SK. Bulu Silou bersama Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan HEM. Pihak Panitia mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.

Posted in Info Aktiviti | Tinggalkan komen

Seputar Kempen Kitar Semula ‘Tzu Chi’

CERAMAH ringkas sempena Kempen Kitar Semula yang lebih mesra di panggil Tzu Chi telah diadakan pada 18 Julai 2012 bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Murid-murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan disebabkan jumlah yang sangat besar untuk dihumpun dalam pusat sumber yang sekadar mempunyai keluasan yang terbatas. Namun, segalanya dapat dijalankan dengan lancar. Penerangan yang diberikan berkaitan implikasi kitar semula mendapat sambutan yang memuaskan dari murid. Semoga kesedaran dalam menjaga kebersihan alam sekitar dapat ditiupkan ke dalam jiwa setiap murid demi menjamin kehidupan yang indah dan ceria.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Pemberitahuan Pertukaran Admin Blog Rasmi SK Bulu Silou

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya, Guru Peyelaras Bestari SK Bulu Silou merupakan pengendali atau administrator blog ini.

Mulai 21 Jun 2012, Blog Rasmi SK Bulu Silou akan dikendalikan oleh guru lain yang akan dilantik oleh pihak sekolah. Ini berikutan perpindahan saya ke SK Luagan berkuatkuasa 1 Jun yang lalu, dan saya telah menyempurnakan Nota Serah Tugas kepada Guru Besar pada 18 Jun yang lepas.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mencipta dan mengendalikan blog ini dan juga kepada semua pihak yang menyokong sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menaikkan rating blog ini.

Moga blog ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada pengunjung.

Selamat Maju Jaya SK Bulu Silou.

OSMAN BIN SAID
Guru Penyelaras Bestari

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Gambar Sekitar Majlis Jasamu Dikenang dan Makan Malam Hari Guru Vol. 3

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Gambar Sekitar Majlis Jasamu Dikenang dan Makan Malam Hari Guru Vol. 2

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Majlis Jasamu Dikenang dan Makan Malam Hari Guru @ Hotel Juta

24 MEI 2012 – Kelab Guru dengan kerjasama Pentadbiran sekolah telah berjaya menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang dan Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan di tingkat 10, Hotel Juta Keningau.

Tujuan utama majlis ini dianjurkan adalah bagi memperingati dan menghargai sumbangan Puan Hajah Asnah Lakim yang telah bersara setelah berkhidmat di sekolah ini pada hampir keseluruhan kerjaya beliau sebagai guru dan meraikan Puan Junika Kalaus yang telah berpindah ke SK Pekan Keningau.

Kejutan telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola apabila tetamu yang hadir disambut dengan meriah serupa sambutan untuk VVIP. Tetamu jemputan khas iaitu yang individu yang diraikan, Pengerusi PIBG, Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan disambut dengan jambangan bunga manakala setiap guru yang hadir diselitkan dengan bunga rozet oleh AJK yang bertugas.

Pelbagai aktivti menarik diadakan bagi memenuhi tentatif yang dirancang. Antaranya Jamuan Makan Malam, Acara Memotong Kek, Persembahan Koir Hari Guru (nyanyian lagu Guru Malaysia) oleh guru-guru, Cabutan Tiket Bertuah dan lain-lain.

Majlis diakhiri dengan persembahan karaoke oleh guru-guru. Walaupun perjalanan majlis tampak ringkas dan santai, tetapi ia tetap berlangsung dengan suasana yang meriah.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini

Salah satu sistem operasi yang dinantikan pada tahun ini, selain daripada Ubuntu dan Fedora yang sedia diketahui jadual pelancarannya, adalah sistem operasi daripada pihak Microsoft, iaitu Windows 8. Hari ini, ketika melancarkan beberapa peranti baru, Acer mengatakan yang mana sistem operasi daripada Microsoft ini akan ketemui para pengguna pada pertengahan tahun kedua tahun ini.

Walau bagaimanapun tarikh pasti berkenaan dengan pelancaran Windows 8 masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Microsoft sendiri dijangka akan memperlihatkan lebih banyak informasi berkenaan dengan Windows 8 dalam masa terdekat, selain Windows 8 Beta telah dilancarkan pada penghujung Februari yang lalu.

Buat masa ini, Windows 8 hanya dikeluarkan dalam bentuk Developer Preview sahaja dan dalam bentuk Beta, yang mana mendapat reaksi positif daripada para pengguna, selain beberapa pandangan berbeza daripada pengguna desktop yang menganggap ianya lebih dioptimasikan untuk para pengguna skrin sentuh.

Posted in Info ICT | Tinggalkan komen

Pembinaan Bangunan Sekolah Menggunakan Kaedah “Sistem Binaan Berindustri (IBS – Industrialised Building System)”

IBS merupakan sistem binaan menggunakan teknik, produk dan komponen yang disediakan di luar tapak dan dipasang di tapak binaan. Ia berintensifkan teknologi mekanisme dan automasi.

Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang terbukti mampu menjimatkan kos dan memendekkan tempoh binaan akan diperluaskan. Ini termasuk mewajibkannya dalam semua projek kerajaan.

Sistem Binaan Berindustri (IBS) juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap: sistem pembinaan di mana komponen diperbuat di kilang, di tapak atau di luar tapak, diangkut dan kemudian dipasang menjadi sebuah struktur dengan kerja yang minimum. Lima jenis IBS yang biasa digunakan di Malaysia adalah:

  • sistem kerangka panel dan kekotak konkrit pratuang
  • sistem kerangka keluli
  • sistem kerangka kayu pra-siap
  • sistem acuan keluli
  • sistem blok pratuang

Manfaat utama yang diperolehi melalui penggunaan sistem ini adalah seperti berikut:

  • Produk yang berkualiti tinggi dan pembaziran yang minimum kerana persekitaran kerja di kilang lebih mudah dikawal.
  • Penghapusan acuan kayu konvensional dan pengurangan ketara penggunaan penyangga melalui penggunaan elemen pasang siap atau sistem acuan bagi proses tuangan di tapak.
  • Platform kerja yang teguh dan selamat dihasil melalui elemen pasang siap.
  • Penyiapan yang lebih cepat berikutan pengenalan komponen yang menggantikan pembinaan in-situ.
  • Tapak pembinaan lebih teratur, bersih dan selamat berikutan pengurangan sampah binaan, pekerja dan bahan binaan ditajak.
  • Jumlah kos pembinaan yang lebih rendah berikutan manfaat yang dicapai daripada faktor-faktor di atas.
Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Kerja-kerja Pembinaan Blok Kabin (Dua Unit Bilik Darjah) Sudah Bermula

Kerja-kerja pembinaan blok kabin yang mengandungi dua unit bilik darjah sudah bermula. Pembinaan blok bangunan kabin ini sangat dinantikan oleh pihak sekolah yang selama ini mengalami kekurangan bilik darjah yang sangat kritikal. Pihak sekolah terpaksa merelakan murid dan guru menggunakan blok bangunan PIBG yang sangat uzur dan tidak selamat digunakan untuk tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, yang mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko yang tidak diingini.

Diharapkan dengan adanya blok bangunan kabin ini, walaupun belum mencukupi, dapat memberi keselesaan kepada segelintir murid dan guru yang selama ini terpaksa berbasah kuyup pada waktu hujan lebat dan mengalami kebahangan yang melampau di kala terik matahari dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharian.

Diharapkan juga, pihak-pihak yang berkenaan dapat menambah peruntukan untuk menggantikan terus blok bangunan PIBG yang usang dan tidak selamat ini kepada blok bangunan kabin sekurang-kurangnya atau blok bangunan konkrit yang lebih selesa bagi sama-sama mengecapi dan menjayakan pendidikan bertaraf dunia, di samping menjadikan pendidikan itu adil untuk semua.

Posted in Info Semasa | 2 Komen

Solid-State Drive (SSD) – Katakan “Selamat Tinggal HardDisk”!

Secara amnya sebuah Solid-State Drive (SSD) boleh memberikan keyakinan lebih tinggi dan prestasi lebih pantas berbanding Hard Disk Drive (HDD). Ramai sedia maklum, SSD adalah storan yang menggunakan memori flash NAND ‘tidak meruap’ (data tidak hilang apabila sumber kuasa dihentikan) untuk menyimpan data yang secara tradisinya bergantung kepada HDD mekanikal. Selain memori flash, komponennya meliputi pengawal, penghubung (SATA) dan papan litar.

FAKTA MENARIK SSD
Namun harus diingatkan bahawa halangan utama dalam pemilikan SSD adalah harganya yang jauh lebih tinggi berbanding HDD. Contohnya, anda perlu membayar lebih untuk sebuah ultrabook yang dilengkapi SSD. Malah, kapasiti SSD yang ditawarkan biasanya lebih kecil berbanding laptop yang dilengkapi HDD atau pemacu hibrid (HDD+SSD). Apa pun, tujuh fakta di bawah ini sudah cukup untuk menguatkan tekad anda agar memiliki SSD.

PRESTASI PANTAS
Disebabkan SSD tiada komponen bergerak, maka tidak timbul isu ‘kelambatan’ membaca/menulis data seperti HDD. Malah ini menyumbang kepada masa “boot” dan permuatan aplikasi yang lebih cepat. Misalnya ultrabook boleh di“boot” dengan pantas (beberapa saat sahaja) selepas terjaga daripada mod sedia (standby) atau tidur.

LEBIH SELAMAT
Ketiadaan komponen yang bergerak atau mekanikal menjadikan SSD lebih lasak dan diyakini berbanding HDD. Selain itu, SSD lebih tahan gegaran dan tekanan tinggi. Suhu baginya beroperasi pula setara atau melebihi HDD. Jadi, SSD kurang terdedah kepada kerosakan jika ultrabook anda bergegar atau jatuh semasa dalam perjalanan.

KURANG HABA
Lazimnya HDD membebaskan haba yang tinggi disebabkan cakeranya berputar. Sebaliknya, SSD menjana haba lebih rendah atau tanpa haba kerana tiada komponen bergerak, sekali gus menjadikan ultrabook beroperasi lebih dingin. Jadi, sebuah ultrabook yang nipis reka bentuknya tidak perlukan sistem pendingin yang terlalu berkuasa.

TIDAK SELERAK
Biasanya, data dalam HDD akan berselerak manakala data dalam SSD adalah sebaliknya. Jadi, anda tidak perlu melakukan proses “defrag” kerana juga tidak bagus untuk SSD. Apabila data berselerak, ia boleh mengurangkan kelajuan HDD dengan ketara apabila beroperasi. Sebab tu data boleh diakses dengan pantas dalam SSD.

JIMAT KUASA
Apabila tiada komponen bergerak dalam SSD, hanya sedikit sumber kuasa diperlukan untuk membolehkannya beroperasi. Ini sekali gus boleh melanjutkan tempoh operasi bateri, terutamanya dalam ultrabook. Majoriti bateri yang melengkapi ultrabook hari ini boleh bertahan selama lima jam atau lebih hanya dengan sekali cas sahaja.

LEBIH SENYAP
Tapak komponen bergerak, SSD boleh beroperasi dengan lebih senyap seperti pemacu USB flash (thumbdrive). Sedangkan HDD memiliki komponen yang bergerak atau cakera yang berputar. Komponen mekanikal ini sering menghasilkan bunyi. Biarpun HDD terkini lebih senyap, namun operasi komponennya masih boleh kedengaran.

LEBIH RINGAN
Sebetulnya HDD dan SSD menggunakan reka bentuk dan komponen yang berbeza. Contohnya HDD dilengkapi cakera magnetik manakala SSD pula dilengkapi memori flash NAND. Umumnya, SSD yang lebih ringan berbanding HDD. Jadi, SSD yang ringan boleh menyumbang kepada peningkatan mobiliti khasnya dalam sebuah ultrbook.

Posted in Info ICT | 2 Komen

Wabak HFMD Di Harian Metro 27 April 2012

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease – HFMD)

TERKINI!
SK Bulu Silou diarahkan MENUTUP premis bermula 24 April 2012 hingga 02 Mei 2012 (9 Hari) supaya kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan sehingga premis ini tidak menjadi tempat perebakan penyakit berjangkit (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut – Hand, Foot and Mouth Disease – HFMD) melalui Notis Perintah Tutup Seksyen 18(1)(d) AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988.


Apakah Penyakit Berjangkit HFMD?

Penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease – HFMD) adalah penyakit jangkitan virus yang akut (keadaan penyakit yang menyerang dengan cepat, gejala teruk tetapi berlaku dalam masa singkat). Ia biasanya bermula dengan gejala lecur dalam mulut yang pecah. Lecur ini juga boleh berlaku pada tangan, kaki, punggung dan kemaluan.

Dalam kebanyakan kes, HFMD disebabkan virus coxsackie jenis 16 (CV16). Bagaimanapun, penyakit ini juga kerap dikaitkan dengan virus coxsackie lain seperti A5, A7, A9, A10, B2 dan B5. Di rantau Pasifik Barat, enterovirus 71 (EV-71) juga pernah menyebabkan letusan penyakit ini.

HFMD yang menyerang kanak-kanak berbeza dengan penyakit tangan, kaki dan mulut pada haiwan. HFMD biasanya berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Yang membimbangkan ialah, penyakit ini mudah berjangkit dan merebak. Kebanyakan orang dewasa ada pengalaman mendapat penyakit ini. Selain menyebabkan ketidakselesaan, HFMD jarang menyebabkan komplikasi penyakit yang teruk atau kematian.

Jangkitan

Jangkitan berlaku dalam rantaian najis ke mulut atau melalui sentuhan kulit yang mengalami lesi (nampak seperti kudis) atau air liur individu yang dijangkiti.

Apabila dijangkiti, kumin virus (partikel halus dari virus) akan memasuki aliran darah (keadaan ini dipanggil viremia).

Ini diikuti serangan pada kulit dan membran mukus (lapisan lembap yang mengalas beberapa struktur dan rongga seperti saluran pernafasan dan sinus hidung). Dari sini lesi akan muncul di dalam mulut dan pada kulit sebelum merebak ke kawasan lain.
Komplikasi

HFMD yang disebabkan virus coxsackie adalah penyakit yang tidak berbahaya dan mengehadkan pergerakan seseorang.

Biasanya ia hilang dalam masa tujuh hingga 10 hari. Jarang berlaku HFMD yang berulang atau berpanjangan. Malah, kes HFMD yang menyebabkan komplikasi serius juga sangat jarang terjadi.

Individu yang diserang HFMD boleh mengalami beberapa ulser pada mulutnya. Keradangan pada ulser ini menyebabkan mulut sakit dan kanak-kanak biasanya enggan makan atau minum.

Masalah kekeringan atau tidak cukup air adalah komplikasi biasa pada pesakit yang mengalami HFMD.

Kadangkala seseorang itu boleh mengalami HFMD dan meningitis aseptik (meningitis steril pada selaput otak) serentak. Namun bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku.

HFMD yang disebabkan EV-71 mempunyai kadar insiden lebih tinggi yang membabitkan saraf, namun komplikasi kardiologi seperti keradangan otot jantung (miokarditis), keradangan paru-paru dan pulmonari edema (paru-paru bengkak atau mengandungi cecair yang menyebabkan susah bernafas) jarang berlaku.

Tanda dan Gejala

Gejala HFMD biasanya bermula 3 hingga 7 hari selepas mendapat jangkitan. Gejala ini boleh berakhir dalam tempoh tujuh hingga 10 hari dan pesakit biasanya tidak perlu dimasukkan ke hospital. Antara tanda dan gejala lazim ialah :

  • Demam panas
  • Sakit tekak
  • Melepuh (kecil) di dalam mulut, tepi lidah, tapak tangan, jari, tapak kaki, punggung dan kemaluan. Ia tidak gatal, tidak seperti cacar air
  • Hilang selera makan
  • Berasa letih dan lesu

Pada permulaan, tanda lepuh ini terdapat di dalam mulut (di bahagian pipi), lidah dan lelangit. Tanda ini akan membesar dengan cepat menjadi gelembung berisi cecair.

Lebih kurang 75% pesakit HFMD akan mengalami gejala ini diikuti demam panas selama 24 hingga 48 jam.

Bagaimana HFMD Merebak?

Cara utama virus coxsackie merebak ialah melalui sentuhan cecair dari tempat yang melepuh dan cecair hidung, mulut atau dada (tersebar apabila pesakit batuk atau bersin). Virus ini boleh ada di dalam usus selama beberapa minggu selepas seseorang dijangkiti dan keluar bersama najis.

Cara terbaik untuk mengelak penyakit ini ialah:

  • Mencuci tangan dengan bersih selepas menyentuh cecair badan daripada pesakit
  • Tidak berkongsi pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan, tuala, berus gigi dan baju
  • Pesakit perlu berehat di rumah. Jangan benarkan anak anda ke sekolah, tadika, taman permainan atau pusat jagaan kanak-kanak hinggalah semua lepuh kering kerana kanak-kanak adalah agen penyebar penyakit paling cepat.

Diagnos dan Rawatan

HFMD mudah didiagnos melalui ciri klinikal seseorang pesakit tanpa memerlukan ujian makmal.

Oleh kerana HFMD disebabkan jangkitan virus, tiada rawatan khusus untuknya dan anda tidak perlu meminta doktor memberi antibiotik kerana ia tidak berkesan (antibiotik hanya untuk membunuh bakteria, bukan virus).

Bagaimanapun, pesakit akan diberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan di dalam mulutnya. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan anak ialah:

  • Beri anak minum, sedikit demi sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan masalah kekurangan air
  • Biarkan lepuh kering sendiri, jangan dipecahkan
  • Jika anak anda sakit kepala, tegang leher atau sakit belakang, bawa anak ke hospital. Ini kerana dalam sesetengah kes (walaupun sangat jarang berlaku), pesakit HFMD boleh mengalami keradangan otak (ensefalitis), meningitis atau polio

Ingatan!

  • HFMD sangat mudah merebak dan pesakit perlu berehat di rumah
  • HFMD bukan penyakit berbahaya sehingga meragut nyawa
  • Tiada rawatan khusus, vaksin atau penawar untuk HFMD
  • Jika anak anda alami gejala teruk (termasuk sakit kepala, tegang leher dan sakit belakang), segera bawa ke hospital
  • HFMD tidak memberi risiko kepada wanita mengandung atau anak dalam kandungan

Dr Syed Nazir Syed Kadir
Info kesihatan Anda

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen

iPad 3

Rasanya umum sudah mengetahui bahawa Apple telah mengumumkan iPad keluaran mereka yang terbaru. Bagi peminat-peminat gajet khasnya gajet keluaran Apple tentu ada yang sudah berkira-kira untuk membeli iPad keluaran terbaru ini. Bagi yang sedang memiliki iPad versi 1 atau 2 pula, tentu sudah terdetik di dalam hati sama ada perlu atau tidak untuk menukar ke iPad 3. Mari kita lihat…

SAIZ DAN BERAT
Ok, mari kita mulakan dengan perbezaan saiz antara kedua-dua ipad 2 dan ipad 3 ini. Dari segi dimension bentuk iPad 2 (ukuran adalah dalam mm),ia berukuran 241.2 (tinggi) x 185.7 (lebar) x 8.8 (tebal) manakala iPad 3 adalah 241.2 (tinggi) x 185.7 (lebar) x 9.4 (tebal). Daripada angka yang ditunjukkan, didapati iPad 3 lebih tebal dari iPad 2 dan ini diperkukuh lagi dengan perbezaan berat antara kedua-duanya iaitu iPad 2 adalah 607g manakala iPad 3 adalah 662g.

PAPARAN SKRIN
Apple masih mengekalkan skrin dari jenis LED-backlit IPS TFT, capacitive touchscreen, 16M colors pada iPad 3 sepertimana yang terdapat di dalam iPad 2 sebelum ini. Begitu juga dengan ciri Multitouch yang ada pada kedua-duanya dan juga Scratch-resistant glass, oleophobic coating yang juga terdapat di dalam iPad 2. Perbezaan yang ada pada skrin iPad keluaran baru Apple kali ini ialah perbezaan saiz pixels iaitu 768 x 1024 pixels, 9.7 inches (~132 ppi pixel density) pada iPad 2 yang sebelumnya manakala pada iPad 3 mereka telah menaiktaraf resolusi skrin kepada 1536 x 2048 pixels, 9.7 inches (~264 ppi pixel density).

MEMORI DAN DATA
Apple masih lagi mengekalkan versi 16gb, 32gb dan 64gb pada iPad 3. Perbezaan yang ada dari segi data penyimpanan dalaman adalah, iPad 2 menggunakan RAM 512MB manakala iPad 3 menggunakan 1GB RAM.

Dari segi data untuk kemudahan pengguna dalam melayari internet, iPad 2 dan 3 sama-sama mempunyai ciri-ciri GPRS dan EDGE serta ia juga mempunyai persamaan dari segi WLAN dan USB port. Perbezaan yang ada di bahagian data ini adalah dari segi kelajuan yang dipertingkatkan pada iPad 3. Jika pada iPad 2 ia hanya dibekalkan dengan kelajuan HSDPA dan HSUPA, Apple telah mempertingkatkan kelajuan pada iPad 3 dengan ciri DC-HSDPA, 42 Mbps, HSDPA, 21 Mbps, HSUPA, 5.76 Mbps, LTE, 73 Mbps, Rev. A, lebih kepada 3.1 Mbps.

KAMERA
Ini adalah satu ciri yang amat aku pentingkan dalam setiap pemilihan gajet kerana dengan adanya sistem kamera, jika pada masa tersebut kita perlu merakamkan sesuatu, tidak mempunyai kamera sebenar untuk merakam, kita ada pilihan lain iaitu menggunakan kamera yang ada pada gajet kita.Dan yang penting juga, kamera pada gajet tersebut haruslah suatu sistem yang dapat memberikan hasil gambar atau video yang baik. Berbalik pada perbezaan kamera pada kedua-dua iPad 2 dan iPad 3, nampaknya Apple telah mempertingkatkan kualiti kamera pada iPad 3 ini. Jika pada keluaran iPad 2 mereka hanya meletakkan 0.7 MP, 960 x 720 pixels pada sistem kameranya, pada keluaran baru kali ini mereka menambahbaik sistem kamera dengan 5 MP, 2592 x 1944 pixels ditambah pula dengan ciri autofocus, Touch focus, geo-tagging, HDR dan face detection. pula adalah 720p@30fps pada iPad 2 manakala 1080p@30fps pada iPad 3 ditambah lagi dengan ciri video stabilization.

Pada kamera di bahagian hadapan pula, untuk iPad 2 ia mempunyai ciri VGA sahaja tetapi telah dipertingkatkan pada iPad 3 dengan ciri VGA, 480p@30fps.

CIRI-CIRI LAIN
Pada iPad 2, Chipset yang digunakan adalah dari jenis Apple A5 manakala pada iPad 3, Apple telah menambahbaik dengan menggunakan Chipset yang baru iaitu Apple A5X.Kedua-duanya masih mengekalkan CPU Dual-core 1 GHz Cortex-A9 dan menggunakan Sensor Accelerometer, gyro, compass.

Untuk sistem pesanan pula, kedua-duanya masih dibekalkan dengan ciri iMessage, Email, Push Email, IM. Standard Internet Browser pula masih lagi Safari serta masih terdapat sistem GPS dengan A-GPS support pada kedua-dua iPAd 2 dan iPad 3.

Satu perbezaan yang ada ialah penggunaan GPU PowerVR SGX543MP2 pada iPad 2 dan telah dipertingkatkan dengan GPU PowerVR SGX543MP4 (quad-core graphics) pada iPad 3.

Selain dari itu, iPad 3 juga ditambah dengan ciri yang menarik sepertimana yang terdapat pada iPhone 4S iaitu SIRI.

Posted in Info ICT | Tinggalkan komen

Perakuan Kenaikan Pangkat PPPLD

Sumber: Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 DAN DGA34 YANG TELAH BERKHIDMAT SELAMA LAPAN TAHUN DAN LIMA TAHUN PADA TAHUN 2012 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi PPPLD pada tahun 2012 seperti berikut: *PPPLD yang berada di Gred DGA32 sekurang-kurangnya 8 tahun (telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA32 pada tahun 2004 dan sebelum)

*PPPLD yang berada di Gred DGA34 sekurang-kurangnya 5 tahun (telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA34 pada tahun 2007 dan sebelum)

Oleh yang demikian, kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah dipohon agar memaklumkan pegawai-pegawai di bawah pentadbiran tuan yang memenuhi syarat seperti di para 2.1 dan 2.2 di atas supaya mengemukakan dokumen-dokumen seperti dalam senarai semak yang dilampirkan ke Unit Naik Pangkat, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, JPN Sabah pada atau selewat-lewatnya 20 April 2012.

Sekiranya tuan / puan mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan berhubung perkara ini, tuan / puan boleh berhubung terus di talian 088-256251 / 088-513559 / 088-513557 / 088-513561 / 088-253215

Di atas segala kerjasama tuan / puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Posted in Info Semasa | Tinggalkan komen