Falsafah Sekolah


FALSAFAH SEKOLAH

BAHAWASANYA MURID-MURID YANG ADA DI SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU INI ADALAH MEMPUNYAI KEBOLEHAN DAN POTENSI UNTUK BERKEMBANG MAJU DARI SEGI INTELEK. DENGAN ITU, SELUAS-LUAS PELUANG AKAN DIBERI KEPADA MURID-MURID DI SEKOLAH INI UNTUK MENGEMBANGKAN INTELEK ITU.

BAHAWASANYA KAMI PENDIDIK-PENDIDIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU INI, MEMPUNYAI KEUPAYAAN DAN KEBOLEHAN ILTISAS UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN YANG SEMPURNA DAN BERMUTU DAN MEMAJUKAN PELAJARAN MURID-MURID DI SEKOLAH INI.

PENJELASAN MENGENAI FALSAGAH SEKOLAH

Pelajaran

Pelajaran dapat definasikan sebagai perubahan akal fikiran, jasmani dan rohani terhadap manusia untuk kepentingan dan kemajuannya. Pelajaran ini juga adalah suatu yang berterusan.

Seperti dimana-mana sekolah juga, sekolah ini juga amatlah mementingkan akademiknya di samping berbagai kegiatan ko-kurikulum. Perlaksanaan akademiknya adalah matlamat dan nadi penggerak bagi kewujudan sekolah ini.

Sekolah ini amatlah mementingkan dan menitikberatkan perlaksanaan akedemik dan pelajarannya dari masa ke semasa. Matlamat utama perlaksanaan akademik di sekolah ini bukanlah hanya sekadar untuk mendapatkan sijil sahaja tetapi adalah sebaliknya. Dimana ia mahu mencapai matlamat yang sejajar dengan apa yang disarankan oleh pihak Kementerian kita, untuk melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran-kemahiran untuk menghadapi dunia dan memperbaiki teknik berkomunikasi, memperkukuhkan kemahiran asas, mengembangkan asas pemikiran yang logikal dan menimbulkan minat untuk menuntut ilmu dan menimbulkan penghayatan kepada ilmu pengetahuan bahawa ilmu itu adalah suatu yang paling indah.

Pelajaran sekolah ini juga adalah disusun mengikut lunas-lunas dan konsep Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Semua keperluan akademik yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada panduan-panduan dan mengikut akta pendidikan hari ini. Pelajaran dilaksanakan adalah untuk memenuhi keperluan diri murid dan masyarakat demi untuk kemajuan dan kebajikan.

Pelajaran adalah suatu perkara yang meluas untuk diperkatakan. Matlamatnya adalah mencapai skop pengertian yang meliputi seluruh pengalaman dalam kehidupan. Tanpa pendidikan, seorang itu tidak akan dapat mencapai sesuatu kepuasan dan tidak akan dapat mengembangkan idea-idea untuk keperluan semasa.

Seperti apa yang kita perhatikan hari ini, sekolah ini juga telah banyak melahirkan ramai murid yang telah mencapai kejayaan dan telah ramai orang yang terpelajar dikeluarkan sejak ianya dibuka.

Disiplin

Disiplin adalah cara kita bertindak, berkelakuan ataupun gerak-geri yang datangnya daripada kepercayaan, keimanan, keteguhan prinsip, moral, norma dan etika.

Disekolah ini, disiplin amatlah dipentingkan dalam suasana pembelajaran dan pendidikan yang sihat. Disiplin tidak dapat dipisahkan daripada suasana persekolahan masa kini. Kepatuhan kepada disiplin ini haruslah dipupuk dan disemaikan dari awal lagi. Semua ini dapat pupuk dengan adanya pembelajaran dan pengajaran pendidikan moral yang ada sekarang ini.

Kita dapat menyemaikan rasa tangguangjawab, etika dan norma kehidupan yang baik kepada setiap pelajar ialah dengan membasmikan segala tingkah laku yang dapat memjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat. Dalam proses pembasmian ini, sikap-sikap negatif seperti mementingkan diri sendiri haruslah diketepikan. Andainya semua ini dapat dibasmikan, maka kesedaran dan rasa tanggungjawab akan wujud. Dengan wujudnya ini, maka terbitlah apa yang kita perkatakan “Disiplin”.

Tanggungjawab membentuk disiplin ini adalah untuk mendisiplinkan murid-murid di sekolah ini, tidak hanya sepenuhnya diserahkan kepada guru sahaja. Sebaliknya ibubapa juga sama berperanan dalam hal ini. Kerjasama amatlah penting untuk membentuk disiplin kepada murid-murid di sekolah ini. Kurangnya perhatian daripada pihak-pihak ini akan mendatangkan risikonya kepada murid-murid itu kelak. Tambahan lagi, dewasa ini berbagai penyakit masyarakat menular maka dengan ini kita telah menitikberatkan disiplin demi kebaikan semua murid di sekolah ini.

Untuk menghadapi dan mengatasi masalah disiplin dikalangan murid, guru-guru di sekolah ini terutamanya pihak pentadbir termasuk guru disiplin telah mengambil berat tentang disiplin murid. Langkah tindakan disiplin jangka panjangnya dilibatkan dalam kurikulum yang ada sekarang. Apa yang dimaksudkan dengan ini ialah dengan menitikberatkan Pendidikan Moral kepada murid yang bukan Islam dan murid yang beragama Islam pula diwajibkan mempelajari Pendidikan Agama Islam. Ini adalah kerana telah disedari, dalam kedua-dua mata pelajaran ini mengandungi penekanan kepada normal kehidupan yang dikehendaki dan sejajar dengan matlamat pendidikan ini.

Oleh yang demikian, disiplin amatlah penting bagi setiap murid sekolah. Seperti juga sekolah lain, sekolah ini juga amat mengambil berat tentang disiplin setiap murid di sekolah ini. Semua ini dilakukan untuk menjaga kelancaran suasana pembelajaran dan pengajaran disekolah ini. Apa yang diharapkan ialah agar sekolah ini akan dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi yang mempunyai semangat patriotisme, prikemanusiaan, kejujuran, kerajinan, dan rasa tanggungjawab yang sewajarnya dengan matlamat yang disarankan oleh kementerian kita kini, yang mana mahu mendidik dan melahirkan generasi yang berdisiplin hidup yang tinggi dan bebas dari sebarang masalah dan penyakit masyarakat yang tidak sihat.

Kebersihan

Prinsip “Kebersihan” yang menjadi pengangan semua kakitangan dan murid disekolah ini bukan hanya kita lihat dan praktikkan dalam satu segi sahaja. Kebersihan yang dimaksudkan itu adalah meliputi skop yang cukup meluas. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuklah alam persekitaran dan diri individu itu sendiri. Pendek kata, kebersihan disini bukan hanya nilaian pada kebersihan sahaja tetapi adalah disebaliknya.

Sebut sahaja “Bersih” tentu terbayang oleh kita bahawa itu adalah suatu suasana yang belum dicemari oleh suatu yang menyakitkan mata dan hati. Begitu juga halnya dengan keadaan sekolah ini. Semua yang terlibat disekolah ini amat menitikberatkan dan mengawasi tentang kebersihan sebagai dasar perlaksanaan pembelajaran agar pembelajaran itu dapat dijalankan dengan lancar. Persekitaran yang bersih akan dapat mengizinkan suasana pembelajaran yang baik.

Sekolah ini bukan sahaja mementingkan kemajuan akademiknya dan aktiviti ko-kurikulum tetapi keindahan dan kebersihan persekitaran sekolah juga amat diambil berat. Berbagai cara telah dibuat untuk tujuan ini seperti dengan mengadakan gotong-royong bersama murid dan semua kakitangan sekolah ini.

Sebagaimana yang kita perhatikan sekarang ini, keadaan dan persekitaran sekolah ini masih terjamin dari segi kebersihannya. Semoga dengan apa yang kita usahakan kini dapat menjayakan lagi apa yang telah kita rancangkan dan dapat lagi menjayakan matlamat kesihatan dan kebersihan yang menjadi falsafah sekolah ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s