Sejarah Sekolah


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU, KENINGAU

Sekolah Kebangsaan Bulu Silou (SK Bulu Silou), terletak di Kampung Bulu Silou, Keningau iaitu kira-kira 4 kilometer (km) dari Pekan Keningau. Nama “Bulu Silou” dalam bahasa Dusun adalah sejenis rumpun buluh yang berwarna kuning yang terdapat banyak di kawasan kampung ketika mula-mula diterokai dan sempena nama rumpun buluh tersebut ia digunakan sebagai nama kampung dan nama sekolah ini.

Sebelum tertubuhnya sekolah ini, kebanyakan anak-anak kampung ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau (SK Pekan). Kesukaran perhubungan pada masa itu, terutamanya untuk anak-anak berjalan kaki sejauh 4 km ke SK Pekan, mendorong Ketua Kampung Bulu Silou, En. Anji Ambaham memohon untuk pembinaan sebuah sekolah bagi menampung persekolahan anak-anak dari Kampung Bulu Silou dan kampung-kampung sekitarnya seperti Kampung Bariawa Tengah, Bariawa Ulu, Maksak, Agudon, Patikang Ulu dan Patikang Laut.

Pada tahun 1966, dengan bantuan Majlis Daerah Keningau, sebuah bangunan dengan dua bilik darjah dan sebuah rumah guru telah dibina. Bangunan yang dibina ini digunakan sepenuhnya pada 16 Januari 1967. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 88 orang dengan dua orang tenaga pengajar iaitu En. Dominic Guntad selaku Guru Besar dan En. Ghani Latif sebagai guru penolong.

Pada tahun 1968, sebuah bangunan lagi telah dibina mempunyai sebuah bilik darjah dan sebuah stor bagi menampung keperluan murid yang ketika itu berjumlah seramai 101 orang. Sekolah ini telah mengalami perubahan yang memberansangkan dengan peningkatan murid yang menggalakkan. Disebabkan itu, pada tahun 1981 Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah meluluskan pembinaan bangunan tambahan sekolah dan sebuah rumah guru.

Pada tahun 1985, kilang-kilang papan di sekitar Kampung Bulu Silou tubuh bagaikan cendawan dan menyebabkan SK Bulu Silou menjadi tumpuan dan pilihan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini. Jumlah bilangan murid ketika itu meningkat secara mendadak menjadi seramai 246 orang murid dan sekolah sekali lagi menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Dengan itulah kerjasama erat daripada ibu bapa dan guru-guru dapat menyelesaikan masalah tersebut. PIBG sekolah telah mendapat kata sepakat untuk membina bangunan bilik darjah secara bergotong-royang. Bangunan tersebut dipanggil “Projek PIBG” yang menyediakan empat buah bilik darjah.

Pada tahun 1994, sebuah bangunan “Projek Kilat” telah siap dibina dengan empat buah bilik darjah. Ketika itu jumlah murid sekolah ini telah meningkat kepada 506 orang murid dan persekolahan telah dijalankan dalam dua sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang.

Pada tahun 1999, pembinaan “Projek Pembinaan Bilik Darjah dan Rumah Guru Daif” telah pun dijalankan. Projek Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah ini mengandungi satu bangunan yang boleh menampung empat buah bilik darjah dan sebuah rumah guru berkembar dua. Dengan penambahan bangunan bilik darjah ini, sekolah telah dapat menampung seramai 650 orang murid dan seramai 39 orang guru, 2 orang Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) serta seorang pengawal keselamatan.

Selaras dengan perkembangan semasa, pada tahun 2011 ini, SK Bulu Silou telah mempunyai … blok bangunan termasuk sebuah makmal komputer dan bangunan Prasekolah. SK Bulu Silou telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air, tandas dan kantin sekolah. Dan ketika ini, sekolah mempunyai seramai … orang murid termasuk sidang pagi dan sidang petang. SK Bulu Silou dibekalkan seramai … orang tenaga pengajar untuk memberi ilmu kepada murid SK Bulu Silou dan seramai … orang Kakitangan Bukan Mengajar dibekalkan untuk membentuk pentadbiran yang cemerlang. Pentadbir sekolah pada masa kini ditadbir oleh Puan Suriaty Ramat dan dibantu oleh tiga orang Penolong Kanan yang terdiri daripada En. Petrus George selaku PK Pentadbiran, Pn. Kija Lawasa selaku PK HEM, Pn. Jailin Brasik selaku PK Kokurikulum dan seorang Penolong Kanan Petang iaitu Pn. Rosnani Minal. Selain itu, terdapat kakitangan swasta yang berkhidmat di sekolah ini iaitu … orang pengawal keselamatan dan … orang buruh am.

Nota: Sejarah sekolah dipetik daripada Buku Pelan Perancangan Strategik SK Bulu Silou.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s